Apa itu Moon Signature Cut? Simbol Identiti Moon Scarves.

Assalamualaikum.  😎 

Bertemu kita kembali dalam artikel terbaru dari blog Moon Scarves PINK Diaries kami. Haha… Daddy tahu ramai yang sudah bertanya dan juga ingin tahu apa sebenarnya yang membezakan tudung Moon Scarves dengan tudung-tudung yang ada dipasaran?, jadi topik kali ini Daddy bawakan persoalanApa itu Moon Signature Cut yang menjadi simbol identiti Moon Scarves.

Selain daripada obkjektif cliché di dalam pembuatan sesuatu produk seperti mementingkan kualiti, pilihan fabrik, warna serta corak sesuatu fabrik, kualiti jahitan, keselesaan ketika penggunaan & sebagainya. Moon Scarves juga telah meletakkan identitinya pada setiap tudung yang dihasilkan melalui teknik potongan unik kami yang selalu disebut-sebut itu iaitu potongan yang diberi nama Moon Signature Cut. Inilah yang menjadikan kami berbeza dari pengusaha tudung yang lain yang berada dipasaran.

Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai potongan Moon Signature Cut itu?  😉 

Moon Signature Cut © adalah sejenis teknik potongan yang diilhamkan sendiri oleh Daddy melalui proses R&D selama 3 bulan sebelum ianya menjadi lebaran imej & identiti pada jenama Moon Scarves. Moon Signature Cut adalah teknik potongan yang menggabungkan potongan klasik & moden pada satu tudung. Potongan ini dapat dilihat dengan jelas pada setiap bucu tudung.

Melalui potongan Moon Signature Cut inilah yang telah menjadikan tudung kami sebagai  Tudung Hybrid PERTAMA di Malaysia yang menggabungkan teknik potongan klasik & moden di dalam satu tudung. Amazing!!!!!   🙂

Realitinya, setiap tudung yang dihasilkan tak kiralah tudung bawal ataupun shawl pasti akan menghasilkan 4 penjuru yang di kenali sebagai bucu atau hujung tudung. Setiap bucu diberikan potongan berbeza antara kiri & kanan juga atas & bawah. Tiada bucu yang akan bertemu dengan potongan yang sama melainkan ianya dilipat secara segitiga!!!.

Sebagai contoh bucu kanan atas menerima potongan klasik (bucu tajam) & bucu kanan bawah menerima potongan moden (separa bulat). Manakala di sebelah kirinya pula akan diterbalikkan iaitu moden akan berada di atas & klasik akan berada dibawah. Contoh seperti gambarajah dibawah.

  Moon Signature Square / Tudung Bawal Signature

 

               Moon Signature Shawl / Selendang Signature

Potongan Moon Signature Cut ini bukan saja-saja atau suka-suka dicipta hanya untuk nampak kelainan, tetapi ianya dicipta agar setiap tudung yang terhasil mampu memberikan impak berbeza-beza ketika dipakai hanya dengan satu tudung. Inilah keistimewaan tudung-tudung Moon Scarves yang mampu menjadi pelbagai rupa bergantung pada sipemakai & juga bergantung pada dimana letaknya bucu pilihan anda. Menarik kan!!! Haha… anda pasti akan kelihatan berbeza walaupun memakai tudung yang sama.

Potongan Moon Signature Cut akan tetap digunakan pada tudung-tudung yang dihasilkan oleh Moon Scarves supaya  ianya sinonim & menjadi imej pada Moon Scarves itu sendiri. Jika diizinkan Tuhan dan ada ruang serta peluang bersesuaian, kami juga akan kembangkan identiti potongan ini pada pakaian pula agar jenama kami melengkapi hidup anda dari hujung rambut sampai hujung kaki… In Shaa Allah… Aminnnnn…. Doakan kejayaan kami ye…  😉

 

Luv U to the Moon,
Daddy