Lelaki di dalam Dunia Wanita – Maskulin atau Feminin?

Assalamualaikum Semua,  😎 

Agak lama kan Daddy tak bersiaran di Blog Moon Scarves Pink Diaries ini?, haha… sorrylah Daddy busy sikit. Okaylah… kali ni Daddy nak bawakan topik bual-bicara bertajuk Lelaki di dalam Dunia Wanita – Maskulin atau Feminin?.  Amacam panas tak bunyi tajuk topik kali ni?, haha…. Relaxlah ini bukan cerita nak kecam sesiapa pun tapi topik yang Daddy nak bawakan ini adalah kupasan secara ringkas tentang segelintir lelaki yang memilih bidang atau kerjaya yang sinonim dengan wanita ini untuk menjadi punca rezeki serta profession pilihan mereka. Topik ini juga bertujuan untuk memberikan motivasi, merangsang inspirasi anda & menyuntik semangat untuk maju kehadapan.

Topik ini juga berkait rapat dengan Daddy kerana seperti yang anda ketahui Daddy bukan sahaja penulis blog di Pink Diaries ini tetapi juga merupakan pemilik & pereka untuk  tudung jenama Moon Scarves. Topik ini juga  secara tak langsung nak mengajak awak semua berfikir sejenak serta melakukan senaman otak… haha….

Di setiap bidang kerjaya & kemahiran yang disifatkan milik wanita, pasti wujud lelaki yang mewarisinya malahan ada bidang atau kerjaya yang telah pun di dominasikan hampir 100% oleh lelaki!!!. The best part is mereka ini pakar di bidang masing-masing… that is super awesome 😎 .

Secara jelasnya ini bukanlah satu topik baru yang sedang diperkatakan tetapi ini adalah topik yang sering diperkatakan secara umum di seluruh dunia. Topik ini juga sering menimbulkan kerisauan masyarakat & para ibu-bapa terhadap masa depan anak mereka. Apakah pandangan masyarakat terhadap anak lelaki mereka? Bagaimana mereka sebagai ibu-bapa mendepangi hal ini. Adakah anak mereka ini menjadi lelaki Maskulin atau Feminin?.

Kerisauan ini timbul kerana berpunca dari pengaruh budaya, adat & ideologi yang telah diterapkan sejak dari dulu sehingga menjadikan perkara ini taboo (pelik / luar biasa) pada pandangan serta tanggapan masyarakat apabila ada lelaki yang memilih kerjaya wanita sebagai punca rezeki. Situasi ini digelar “Genderism” yakni perkara yang menjantinakan sesuatu perkara atau perbuatan samada ianya milik lelaki atau perempuan. Tak dinafikan kerisauan yang timbul ini ada asasnya apabila ada segelintir dari lelaki ini rosak akhlaknya serta melawan arus didalam setiap inci kehidupan.

Nanti dulu!!!!! Jangan terus menilai dan menuding jari hanya kerana segelintir yang sedemikian. Bak kata pepatah lama “kerana nila setitik rosak susu sebelanga” . Daddy percaya setiap bakat dan minat yang ada pada seseorang itu adalah Anugerah Allah yang perlu kita asah dan bina pada tujuan yang baik agar tidak lari dari landasan agama. Apa yang penting adalah NAWAITU (niat).

Ada beberapa faktor yang dapat Daddy ringkaskan di sini yang menjadi sebab utama tentang kenapa & bagaimana mereka ini boleh memilih bidang kerjaya yang biasanya dipelopori oleh wanita, antaranya :-

  • Minat  yang mendalam terhadap perkara tersebut. Minat inilah yang menjadi bakat terpendam yang mendorong dia meneruskan pilihannya.
  • Jiwa Seni – rata-ratanya mereka yang berada di bidang ini adalah mereka yang sangat kreatif. Mereka ini mempunyai idea & buah fikiran yang berbeza dari orang lain serta berjiwa halus.
  • Pengaruh persekitaran – yup!, antara yang menyumbang adalah pengaruh sekitar.. contoh.. jika ibunya berniaga makanan adalah mustahil untuk si-anak langsung tidak tahu apa-apa tentang memasak.

Antara bidang yang popular & sering menjadi tapak panas bagi lelaki adalah bidang fesyen, bidang kulinari & bidang kosmetik. Antara lelaki ternama, popular serta pakar di bidang yang mereka pilih adalah seperti :-

Bidang Fesyen

Mereka ini adalah antara ikon fesyen yang sangat berpengaruh di dalam industri fesyen dunia. Siapa yang tak kenal jenama mereka ini… golongan hartawan, jutawan, selebriti & golongan elit diraja pernah atau masih lagi memilih jenama mereka sebagai sebahagian dari koleksi pakaian peribadi mereka. Jenama Armani Exchange adalah antara jenama pakaian kegemaran Daddy 🙂 .

Usaha mereka ini dalam membangunkan jenama ini telah menjadikan mereka berstatus billionaires dengan ratusan syarikat dibawah seliaan mereka. Yup!!! ini bukan calang-calang kerjaya, mereka ini berjaya menguasai dunia fesyen wanita tanpa menghilangkan sedikit pun sifat maskulin mereka. Behind their success story they are a loving husband & a responsible father.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bidang Kulinari

Siapa yang tak kenal mereka ini?, bukan setakat menjadi chef, mereka ini juga telah bertaraf selebriti chef. Rancangan masakan mereka di TV pernah menjadi satu fenomena. Rancangan masakan adalah rancangan paling digemari oleh Daddy terutamanya dari Chef Jamie Oliver. Rancangan The Naked Chef tak pernah jemu ditonton oleh Daddy walaupun tak pernah try satu pun menu yang diajar… hahaha

Mereka ini mempunyai ratusan restoran di seluruh dunia di samping menghasilkan produk makanan & set kutleri dibawah jenama mereka. Status mereka adalah bergelar jutawan (belum lagi billionaires) walaupun begitu aura mereka sangat kuat dan berpengaruh di dalam industri makanan, ada sesiapa yang ingat nama Chef selebriti wanita? sebutkan…..hahaha… dah agak dah……..  🙄

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bidang Kosmetik

Jenama kosmetik ini memang sangat popular di seluruh dunia. Siapa yang tak ingat iklan gincu Revlon yang menggunakan khidmat selebriti Hollywood yang terkenal iaitu Halle Berry (Catwoman) sebagai dutanya sekitar tahun 90-an. Mr Charles Revson yang dilahirkan di zaman Perang Dunia Pertama berjaya memulakan bisnes kosmetik di zaman ekonomi US yang suram. Jenama Revlon adalah antara jenama kosmetik terawal di US. Kini Revlon bernilai berbillion ringgit dengan beratus-ratus jenama kosmetik yang lain berada dibawah seliaan keluarga Revson

Jika tak salah Daddy, anak kepada pengasas Revlon ini adalah antara yang terawal menjadi pemandu dan pelumba Formula 1 sekitar tahun 1940-an.

 

 

 

 

 

 

 

Jadi… apabila Lelaki berada di dalam Dunia Wanita – Maskulin atau Feminin?, pada Daddy isu maskulin atau feminin itu tidak penting & boleh dianggap remeh untuk Daddy kerana yang penting di sini, adakah minat & impian anda itu mampu memberikan pulangan yang berbaloi untuk kehidupan anda yang lebih lestari? Anda pasti ada jawabannya.

Okay setakat ini sahaja untuk topik kali ini. Kita jumpa lagi di artikel yang akan datang okay!….  In Shaa Allah.

 

Luv U to The Moon,
Daddy.