Air adalah Agen Awet Muda-Membongkar Rahsia Air

Assalamualaikum Si Cantik Manis  🙂

Ya Betul!!! Air adalah Agen Awet Muda. Air juga merupakan sumber yang paling mudah didapati & paling penting untuk tubuh manusia. Rahsia ini akan dibongkarkan satu persatu mengikut cara dan amalan Daddy sendiri. Kalau nak tau…kena baca sampai habis taw… 😎 .

Tahukah anda tubuh badan manusia terdiri daripadanya sejumlah 70% adalah AIR!!!!… Wow…Banyakkan jumlah air dalam tubuh badan kita?. Ini menunjukkan betapa pentingnya air dalam kehidupan manusia. Tanpa air manusia tak mampu untuk teruskan hidup !!!.

Masih ingat lagi tak, post Daddy pasal 3 Amalan Rahsia Awet Muda tak lama dulu?… Salah satu daripadanya adalah air. Secara khususnya yang ingin dibongkarkan di sini adalah air yang kita minum setiap hari. Air minuman itu tak kiralah samada air mineral, air masak, air jus atau sebagainya.. yg penting air minuman yg masuk ke tubuh badan anda…. tapi AWAS!!!! kita berbicara di sini hanya tentang air minuman yang HALAL di minum sahaja.  😉

Haha… hari ni baru Daddy ade peluang untuk kongsikan lebih lanjut rahsia bagaimana AIR memberi manfaat kepada kita untuk dapatkan hasil kulit yang lebih halus, kurang kedutan & lebih anjal serta kelihatan lebih muda dari usia sebenar!!!. Hebatkan kuasa air… susah tentulah….kerana air adalah ciptaan Allah Yang Maha Esa sedangkan produk atau suplement yang anda amalkan tu adalah ciptaan manusia, jadi… walaupun masih menampakkan hasil tetap tidak sama dengan kuasa air. Jika anda betul-betul amalkan tenik yang ingin dikongsikan ini In Shaa Allah pasti akan berhasil.

Jika anda ingin sihat & kelihatan awet muda secara semulajadi, ada beberapa teknik & rutin meminum air yang wajib anda amalkan secara bersilang.

a) Rutin meminum Air Masak (Plain / Mineral Water) pada waktu yang tertentu.

glass water
source picture – mentalandbodycare.com
  • Waktu Subuh – Minum air masak (sekurang-kurangnya 1/2 gelas air) sejurus selepas bangun tidur yakni sebelum anda gosok gigi & sebelum mengerjakan solat subuh.
  • Selepas Sarapan Pagi – umumnya minuman pagi adalah air manis seperti milo, nescafe, teh tarik dan sebagainya, jadi…. penutup kepada sarapan pagi anda adalah 1 gelas air masak.
  • Sebelum & Selepas Makan Tengahari – proses ni penting untuk membantu perut anda mencernakan makanan
  • Sebelum & Selepas Makan Malam – proses ni penting kerana ia dapat kurangkan anda makan banyak pada waktu malam. Lazimnya saya menikmati makan malam awal yakni di antara pukul 6.30 petang atau sebarang waktu sebelum pukul 8.30 malam.
  • Sebelum Tidur – ya, sebelum tidur saya amalkan meminum segelas air masak untuk membantu pencernaan & juga untuk mengelakkan kulit kering ketika tidur, terutamanya jika anda tidur bertemankan penghawa dingin yang pastinya penyebab kepada kulit kering.

Apa manfaat yang anda perolehi jika anda amalkan petua & tips ini? Melalui pengalaman saya yg telah mengamalkan cara ni semenjak 15 tahun yg lalu mendapati beberapa perubahan positif pada tubuh badan. Saya kurang mendapat sakit yang lazim seperti demam, selsema, batuk & migraine. Saya juga mendapati kulit lebih lembut, kurang kedutan, kurang jeragat & bintik-bintik pada belakang badan serta kurang jerawat dimuka!!!!

Anda tak pernah buat ker?…. apa kata anda cuba….. 🙂

b) Rutin meminum Susu di waktu pagi & sebelum tidur.

glass milk
source picture – reference.com

Tahukah anda susu dapat membantu pencernaan & susu juga adalah sejenis minuman yang dapat merehatkan otak & otot kita seterusnya mendapatkan hasil tidur yang tenang & nyenyak.

Walaupun begitu, susu segar mungkin tidak praktikal bagi sesetengah orang kerana susu segar masih mengandungi laktosa – yakni sejenis bahan di dalam susu yang boleh mengakibatkan sakit perut atau cirit-birit untuk sesetengah orang atau atas alasan diet kerana susu adalah minuman berasaskan lemak. Jadi…. Saya cadangkan guna susu tepung rendah lemak & tinggi kalsium seperti Anlene atau beberapa jenama lain dipasaran.

c) Rutin mengamalkan meminum Air Nabeez & Makanan Sunnah.

“Rumah yang tiada buah tamar (kurma) seumpama rumah yang tiada makanan – sabda Nabi Muhammad s.a.w”

air nabeez
source picture – tribunnews.com

Terdapat pelbagai manfaat yang boleh kita perolehi jika kita mengamalkan makanan sunnah seperti kurma & kismis kerana kedua-dua makanan ini mempunyai khasiat yang tak ternilai yang diperlukan oleh badan.

Ya, saya faham kedua-dua makanan ini bukanlah makanan kegemaran masyarakat Malaysia, kita dibesarkan dengan “lidah asia” seperti nasi lemak, rendang dan sebagainya…. tapi jika objektif anda untuk sihat & kelihatan muda maka anda harus “re-arrange” diet pemakanan anda & latih diri untuk amalkan memakan kurma & kismis.

Cara membuat Air Nabeez mudah sahaja :-

  • Segelas air masak kosong (paling bagus air zam-zam)
  • Buah Kurma atau Kismis (air Nabeez tak boleh campur – pilih salah satu, paling bagus buat secara bergilir atau bersilang)
  • Kuantiti buah adalah ganjil yakni 3, 5 atau 7
  • Rendam buah di dalam gelas air tadi & tutup gelas dengan penutup untuk elak serangga.
  • Biarkan semalaman pada suhu bilik – jangan pulak masukkan di peti sejuk 🙂
  • Minum air ini keesokan hari sejurus selepas bangun tidur yakni sebelum solat subuh

Yup, inilah resepi Air Nabeez yang di amalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Minumlah sejurus selepas bangun tidur sebelum solat Subuh. Air ini bersifat alkali jadi secara automatik akan meneutralkan asid & toksin di dalam badan.

Harap tips ni dapat memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar ingin sihat & kelihatan awet muda secara semulajadi seperti yang di amalkan oleh Daddy semenjak 15 tahun yang lalu. Sehingga kita berjumpa lagi di topik yang akan datang. Chowww!!! 🙂

Luv U to the Moon,
Irwan Shah Md Aris
a.k.a Daddy 😀