Kenapa pilih Moon Scarves sebagai jenama?

Assalamualaikum Semua 😎

Kenapa pilih nama Moon Scarves sebagai jenama? Ini adalah soalan lazim yg selalu di tanya oleh kebanyakkan orang apabila berjumpa Daddy. Malahan berpuluh-puluh message & inbox yang masuk tanya soalan yang sama. Ada juga yang bertanya kenapa tak letak nama sendiri sebagai jenama seperti mana-mana empayar tudung di Malaysia yang menjenamakan syarikat tudung mereka dengan nama mereka sendiri.

Baiklah di sini Daddy akan jawab soalan awak-awak semua. Nama Moon Scarves dipilih oleh Daddy atas 2 sebab :-

  1. Logo yang ingin digunakan adalah Bulan Sabit
    – seperti yang kita ketahui bulan sabit merupakan Perlambangan yang diguna pakai oleh orang Islam di seluruh dunia sejak sekian lama yang menjadi ikon imej untuk apa sahaja yang berkaitan dengan Islam. Apa sahaja yang berkaitan dengan orang Muslim dan agama Islam pasti anda akan berjumpa dengan lambang bulan sabit ini samada di kubah masjid, bendera, perlambangan kumpulan, bangunan dan sebagainya…. malahan di Mekah juga berdiri teguh lambang bulan sabit gergasi ini di menara jam di puncak paling atas Zam-Zam Tower yang mengadap Kaabah. Ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh lambang bulan sabit pada masyarakat Islam, oleh kerana itu nama “MOON” (bulan dalam bahasa inggeris) di guna pakai kerana bersesuaian dengan imej yang ingin di ketengahkan yakni imej Muslim dan perkataan “SCARVES” (selendang atau tudung dalam bahasa inggeris) di gunakan sebagai rujukan kepada produk yang ditawarkan
  2. Singkatan pada gelaran Ibu Daddy – Nama ibu Daddy ialah Hasnah akan tetapi dia lebih dikenali sebagai Maimunah. Sahabat handai & jiran tetangga sering memanggil dia “Kak Mun” jadi sempena nama dia saya memilih “Mun” sebagai jenama lalu ditukar & ditambah ejaannya kepada Moon supaya ianya menjadi relevan & bersesuaian.

Ibu Daddy merupakan orang paling kuat menyokong Daddy dalam usaha menjadi usahawan tudung ini, Daddy amat-amat sayangkan dia & bertuah menpunyai seorang ibu yang sangat positif & supportive. Di usia mencecah 71 tahun dia masih kuat dari segi fizikal & kesihatan….. well of course masih jelita & cantik hookay 🙂 ….. rupa yang tidak di mamah usia…..ramai yang menyangka dia masih dalam 50an.

Semoga Allah merahmati hidupnya di dunia & di akhirat….serta dipanjangkan umur & dilimpahkan kesihatan yang baik…. Aminnnn…

 

Luv U Mak sampai ke Syurga <3
Abang…… <3 <3 <3

Moon Scarves-439