3 Amalan Asas Rahsia Awet Muda Cara Daddy Moon

Assalamualaikum Beautiful 🙂 ,

3 Amalan Asas Rahsia Awet Muda Cara Daddy Moon. Ya betul!!!, Topik kali ini saya nak pecahkan satu rahsia besar yang sekian lama saya simpan iaitu rahsia awet muda cara saya yang telah diamalkan sejak zaman remaja lagi.

Sejujurnya saya tidak pernah berkongsi tips ini dengan sesiapa pun kerana saya merasakan adalah lebih baik ianya menjadi satu rahsia sehingga masa yang sesuai untuk dikongsikan bersama seperti di blog ini yang mungkin boleh memberi manfaat kepada sesiapa yang berniat untuk mencuba (In Shaa Allah).

Seringkali saya di ajukan soalan-soalan atau ayat perbualan yang merujuk kepada umur dan pangkat apabila saya bertemu dengan kenalan dan sahabat baru seperti Sekolah lagi atau dah kerja? , Belajar kat U mana?“, Adik umur berapa?“, Akak kan dik….. , Abang kalau dapat…. , “Kau muda lagi.….”  dan sebagainya. Andai mereka tahu umur saya yang sebenar then life is not fun anymore LOL 🙂 ..hahaha….. saya layankan aja. Pada saya there is nothing wrong to call someone kakak atau abang even though saya tau mereka lebih muda dari saya asalkan mereka bahagia. Haha..

beauty911
Pic Source – Beauty911.info

Ada 3 Amalan Asas kepada Rahsia Awet Muda yang saya amalkan. Untuk artikel kali ini saya letakkan dalam bentuk point form & akan dikupaskan secara lebih lanjut di artikel yang akan datang.

No 1 – Amalan dari sudut Pemakanan – Ada beberapa perkara dalam rutin pemakanan yang saya amalkan secara bersilang.

  • Rutin meminum Air Masak (Plain Water) pada waktu tertentu.
  • Rutin meminum Susu di waktu pagi & sebelum tidur.
  • Rutin mengamalkan Air Nabeez / Makanan Sunnah.
  • Rutin makanan sampingan / vitamin.
  • Mengelakkan / mengurangkan makanan yang berminyak, terlalu pedas atau yang berasaskan lemak.

No 2 – Amalan dari sudut Penjagaan Kulit – Tidak ada yang fancy tentang penjagaan kulit saya, hanya menggunakan beberapa perkara asas:-

  • Pencuci Muka & Krim Muka berasaskan Tea Tree Oil
  • Peel Off Mask – saya hanya menggunakannya 1 kali dalam sebulan & hanya jenama tertentu sahaja yang saya gunakan
  • DIY Mask – ini masker buatan sendiri dengan bahan-bahan yang ada di dapur ibu anda…haha LOL 🙂

No 3 – Amalan dari sudut Rohani – saya percaya your inner must be as good as you are.

  • Berfikiran Positif
  • Bercakap , mendengar & membaca perkara yang baik-baik sahaja.
  • Kawal Emosi negatif anda

Saya percaya 3 langkah asas yang saya amalkan ini sedikit sebanyak menjadi faktor kepada penampilan wajah saya yang nampak lebih muda dari usia. Tak dinafikan juga salah satu faktor seseorang itu kelihatan lebih muda dari usianya adalah faktor genetik atau keturunan yang mana saya adalah antara yang sedang menikmati atau menerima faktor ini 🙂 .

Ikuti kupasan secara terperici di artikel yang akan datang di dalam episod “Rahsia Awet Muda”  yang akan saya kongsikan dengan anda – In Shaa Allah.

Luv U to the Moon,

Irwan Shah Md Aris
a.k.a Daddy Moon….  🙂 xoxo
Founder of Moon Scarves.com