Misi & Visi Moon Scarves

Assalamualaikum, 🙂

Selamat datang ke Moon Scarves Pink Diaries.

Ini merupakan artikel pertama saya di blog ini yang memberi ruang untuk saya berkongsi dengan anda Misi & Visi Moon Scarves dalam usaha memperkenalkan jenama dan produk Moon Scarves di pasaran tempatan mahupun antarabangsa (In Shaa Allah) 🙂

Seperti yang anda ketahui, Moon Scarves adalah satu jenama baru di pasaran online yang mengkhususkan kepada produk tudung RTW (ready-to-wear) rekaan saya sendiri. Produk sulong saya ini di beri nama Moon Signature Squareyang juga merupakan Tudung Bawal Hybrid Pertama di Malaysia yang menggabungkan teknik potongan tudung bawal klasik (4 segi sama) dengan bawal moden (round) pada bucu tudung (scarf edges)

MISI Moon Scarves adalah mewujudkan pendekatan gaya simple, versatile, fresh & elegantly modern look yang bercitarasa urban melalui pemilihan fabrik dan warna-warna moden. Kami berusaha membangunkan Moon Scarves sebagai sebuah jenama tudung ternama yang menjadi sebutan ramai serta determine untuk menjadikannya sebagai satu platform untuk kami mendekati wanita berhijab di luar sana yang ingin tampil dengan lebih berkeyakinan dan berketrampilan serta kelihatan anggun bergaya atau juga untuk mereka yang ingin tampil sederhana (modest) tetapi masih kelihatan anggun bergaya. After all motto syarikat kami ialah Beautiful Muslim, jadi soal kecantikan & keanggunan  memang menjadi objektif atau faktor utama kami di dalam penubuhan Moon Scarves.com.

VISI Moon Scarves adalah untuk menjadikannya antara jenama yang popular di kalangan industri fesyen muslimah samada di pasaran online ataupun offline. Impian saya juga untuk melebarkan sayap Moon Scarves ke seluruh Malaysia melalui konsep dropship & stockist (In Shaa Allah). Visi kami juga untuk menyajikan informasi tentang fesyen hijab terkini serta berkongsi dengan anda tentang tips-tips penggayaan (mix & match), kecantikan, kesihatan, solekan dan sebagainya yang boleh memberi inspirasi dan manfaat yang berguna kepada golongan wanita berhijab untuk tampil lebih anggun & menawan.

Moon Scarves Pink Diaries ini di cipta khas sebagai satu platform untuk saya, team Moon Scarves & juga anda membuka ruang untuk menjalinkan ukhwah sesama muslim, berkongsi ilmu, bertukar-tukar idea, pendapat & cadangan yang bermanfaat & penuh inspirasi. Tak sabar rasanya nak berkongsi lebih banyak dengan anda tentang tips-tips berkaitan fesyen & awet muda in my next update, menarik kan?. Sehingga bertemu lagi, chow!!. 🙂

Islam itu Indah & Islam itu Mudah.

Luv u to the Moon 🙂

Irwan Shah Md Aris
Founder & Creative Designer
Moon Scarves.com